JS200: KEGUNAAN GOOGLE SITES MEMANTAPKAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEESOR A/L THANGAMANI SJK(T) LADANG BANOPDANE

Pusat sumber merupakan gedung ilmu yang sering menggalkkan pelajar berkunjung. Tidak boleh dinafikan pusat sumber tempat menyediakan generasi masa depan negara. Oleh itu, pusat sumber perlu menyediakan perkhidmatan yang sistematik, mantap, dan senang untuk kegunaan pelajar. penggunaan Google sites sangat memudahkan pengurusan pusat sumber. Google Sites adalah laman web awam, sesiapa sahaja boleh layari pada bila-bila masa. Pelajar boleh belajar secara dalam talian di mana-mana, bila-bila sahaja dan mengikuti rentak pemahaman sendiri.  Google sites di pusat sumber sekolah ini menyediakan carta organisasi, Rak buku Maya yang membantu untuk Program NILAM, sistem AINS(NILAM) untuk kegunaan pelajar. Bloger Google Sites menyediakan semua kemudahan dalam satu platform untuk membantu pelajar mengakses data dengan senang.