EX281: IntergroSlider

ROZIAH BINTI CHE EMBI Kolej Poly-Tech Mara Bangi

MIIX26 | Expert Innovator

CR: 0.2500 | 2 Likes | 8 Views | 1 times | LS: 3.5
Like it? | Support them now!

Kajian inovasi ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan IntergroSlider, iaitu pembaris boleh laras yang memaparkan nombor positif dan negatif, dalam aktiviti ActiveMind bagi Program Persediaan Matematik Tingkatan 1. Inovasi ini direka untuk membantu pelajar memahami konsep integer serta operasi penambahan dan penolakan integer secara visual dan interaktif. Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 6 menggunakan pendekatan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan selepas intervensi. Instrumen soal selidik Skala Likert 5 mata digunakan bagi mengukur tahap pemahaman, minat, keterlibatan pelajar, serta kesesuaian inovasi. Dapatan kajian menunjukkan skor min yang tinggi bagi semua konstruk, menandakan IntergroSlider berkesan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap pembelajaran matematik. Inovasi ini berpotensi untuk diperluaskan sebagai alat bantu mengajar matematik di sekolah.