US197: E-Zakat PSAS: Inovasi Digital Pengurusan Tabung Amanah Zakat

MARZUKI BIN SEPIAAIL Politeknik Sultan Azlan Shah

Projek pembangunan Portal Rasmi Tabung Amanah Zakat Politeknik Sultan Azlan Shah bertujuan mempertingkat kecekapan pengurusan zakat secara digital. Ia menggantikan sistem manual dengan kaedah lebih telus dan efisien. Laman web ini memudahkan pelajar, khususnya dari golongan B40, memohon bantuan, menyemak maklumat dan status permohonan. Sistem ini juga membantu pentadbiran menjana laporan secara automatik serta meningkatkan kecekapan sehingga 70%. Inovasi ini turut memberi kesedaran tentang tanggungjawab zakat dan berpotensi dikembangkan dengan ciri tambahan untuk pengurusan yang lebih sistematik dan berteknologi.