AFIATUL RANIAH BINTI AHMAD IMRAN SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK, MELAKA
Pertanian moden kini memerlukan inovasi berasaskan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penjagaan tanaman, khususnya dalam sistem hidroponik yang memerlukan pemantauan rapi terhadap faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan, dan tahap air. Projek ini membangunkan Robot Penjagaan Tanaman Hydroponik Mudah Alih yang dikawal menggunakan Microbit V2. Robot ini direka bentuk untuk memantau keadaan air baja secara konsisten dan mudah dialihkan ke lokasi yang diperlukan. Fungsi utamanya termasuk mengesan tahap atau paras air dalam simtem takungan air hydroponic. serta memberikan amaran atau mengaktifkan sistem pengairan apabila diperlukan. Dengan reka bentuk mudah alih, robot ini sesuai digunakan di rumah, terutama yang menggunakan petanian dan tanaman berkonsepkan hydroponic, di sekolah, atau kawasan pertanian berskala kecil. Hasil pembangunan menunjukkan bahawa robot ini dapat membantu mengurangkan kadar kematian pokok tanaman serta memastikan pertumbuhan tanaman lebih konsisten.
Kata kunci – Robot Penjagaan Tanaman, Micro Pengawal, Hydroponik, Mudah Alih