SYED MUNAWWAR BIN SYED KAMAROZAMAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
Bahasa Arab, sebagai bahasa utama dalam kehidupan keagamaan dan budaya, memainkan peranan penting, namun ramai pelajar berdepan cabaran dalam mempelajarinya. Hal ini disebabkan oleh struktur dan tatabahasanya yang kompleks. Oleh itu, Modul iQ-Lughaty dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui pendekatan berfokuskan aktiviti berkumpulan dan interaksi aktif. Modul ini direka untuk mengatasi isu-isu pembelajaran dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan kerjasama dan komunikasi. Teknik pembelajaran aktif dan kolaboratif dalam iQ-Lughaty memudahkan penguasaan bahasa Arab dengan lebih menyeronokkan dan berkesan.