US283: REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN SISTEM CHILLER UNTUK AKUARIUM

Ahmad Mokhtar Azahari Bin Rosli KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

Sistem akuarium chiller mampu menstabilkan suhu air dalam akuarium secara automatik, khususnya bagi spesies ikan air sejuk yang sensitif terhadap perubahan suhu. kestabilan suhu air penting bagi memastikan kesihatan dan pertumbuhan ikan dalam keadaan baik. ujian terhadap produk ini menunjukkan produk mampu menurunkan suhu air daripada 26C kepada 24C dalam tempoh 30 minit dan mengekalkan kestabilan suhu air. sistem ini beroperasi secara cekap kerana penyejukan hanya berlaku apabila suhu melebihi nilai sasaran, menjadikan penggunaan tenaga lebih efisien berbanding kaedah konvensional. ujian terhadap 12 ekor ikan selama 7 hari menunjukkan tiada kematian dan ikan kekal aktif, sihat dan corak pemakanan konsisten, membuktikan keberkesanan sistem.