NUR ATHIRAH HUSNA BINTI JAMALUDIN NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Nama Produk
Serum C.Lanatus
Abstrak
Serum C.Lanatus terdiri daripada kulit tembikai sebagai bahan utama dalam penghasilan serum ini. Ia mempunyai manfaat seperti mengurangkan penuaan kulit, memberi kelembapan pada kulit, memperbaiki sel kulit, membantu mengurangkan masalah jerawat, mengekalkan tona kulit yang sekata dan membantu melembapkan kulit. Kulit tembikai digunakan untuk mengurangkan sisa bahan buangan makanan. Serum C.Lanatus boleh digunakan pada muka dan juga badan. Bahan tambahan yang digunakan ialah niacinamide yang membantu menguatkan skin barrier, aloe vera yang membantu melembapkan kulit dan vitamin E digunakan untuk mengurangkan keradangan pada kulit. Tujuan inovasi ini dihasilkan adalah sebagai serum pada muka dan badan. Produk Serum C.Lanatus ini boleh digunakan pada semua jenis kulit muka dan badan. Oleh hal demikian, ujian sensori yang dijalankan menunjukkan kesan positif daripada pengguna.