HUSNA ATHIRAH BINTI MOHD NOOR AZIZOLHISYAM KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA
STRUKTOM merupakan satu inovasi yang mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme untuk meningkatkan model mental, di samping meningkatkan kebolehan pelajar untuk melukis rajah struktur atom dengan betul. Inovasi ini juga menggunakan kaedah praktikal atau amali yang menepati cara pembelajaran pelajar aliran TVET yang cenderung mempunyai keupayaan visual berbanding kognitif . STRUKTOM merupakan bahan bantu mengajar maujud yang digunakan untuk menerangkan konsep dan perkataan baharu. Inovasi ini sejajar dengan MBL. STRUKTOM terbahagi kepada dua bahagian iaitu rajah struktur atom, dan kad piawai atom.