US406: PAINTLIFT

WAN NUR ANIS BINTI WAN AFTHANORHAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

Projek Alat Bantuan Mengecat Boleh Laras Secara Manual (PaintLift) merupakan satu inovasi yang dibangunkan bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan keberkesanan kerja mengecat di bengkel Teknologi Pembinaan. Produk ini direka dengan ciri larasan ketinggian, struktur yang stabil serta tapak beroda bagi memudahkan pergerakan dan mengurangkan keperluan membongkok berulang kali. Inovasi ini penting bagi mengatasi masalah ergonomik, keletihan fizikal dan risiko tumpahan cat yang sering berlaku apabila menggunakan kaedah konvensional. Kajian ini melibatkan 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tahun SVM dan DKV di Kolej Vokasional Kuala Krai. Data dianalisis menggunakan kaedah peratus dan skor min bagi menilai tahap kepuasan pengguna. Hasil analisis menunjukkan purata skor min keseluruhan berada pada tahap tinggi, iaitu sekitar 4.27, membuktikan bahawa pelajar berpuas hati terhadap penggunaan PaintLift dari segi masa, kebolehkerjaan, pengendalian dan penggunaan tenaga. Secara keseluruhannya, projek ini berpotensi untuk diteruskan dan dikomersialkan sebagai bahan bantu mengajar di bengkel serta diaplikasikan dalam industri pembinaan bagi menyokong amalan kerja yang lebih ergonomik dan sistematik.