US115: NEEMIX G-FERT

ADEEB FIDAIE ZARIF BIN ABDUL RISHAM KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN TELUK INTAN

Projek penghasilan baja organik berasaskan tinja kambing ini telah dijakankan oleh para pelajar Diploma Agroindustri Ternakan Ruminan Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan. NEEMIX G FERT adalah baja organik yang diperbuat daripada tinja kambing, daun neem dan kulit telur dan diperkaya dengan Effective Microbe (EM). Kesemua bahan sisa buangan ini mudah didapati di kawasan sekitar kolej dan dewan makan asrama. Konsep penghasilan baja organik ini adalah menggunakan bahan semula jadi dan bahan sisa pertanian. Formulasi ini memberi kebaikan kepada tanah kerana baja ini kaya dengan unsur NPK selain daripada sebagai agen kawalan serangga semula jadi dengan bantuan serbuk daun Neem yang ditambah di dalam baja.