II103: ARS

MUHAMMAD AQASHAH BIN ABD RAHMAN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0357 | 1 Likes | 28 Views | 84 times | LS: 85.0
Like it? | Support them now!

ARS (Asset Recording System) merupakan satu inovasi yang digunakan dalam pengurusan perekodan aset kerajaan oleh ketua bengkel di Kolej Vokasional Tawau (KVT). Proses pembinaan ARS melibatkan penggunaan perisian Microsoft Excel Advance pada komputer dengan mengintegrasikan penggunaan Visual Basic dan Userform dalam perekodan dan pelaporan data. ARS membantu ketua bengkel untuk merekod dan mengemaskini data aset tetap dengan lebih efisien. Pembinaan sistem ini adalah berdasarkan tiga objektif utama iaitu mewujudkan sistem merekod semua perolehan aset kerajaan bagi bengkel yang terlibat dengan sistematik, membina Data Based bagi menyimpan data perolehan aset dan penetapan formula pengiraan susut nilai aset secara Auto Key In dengan lebih mudah. Hasil daripada inovasi ini dapat membantu ketua bengkel merekod atau mengemaskini data secara sistematik (dahulunya secara manual) dan membantu menjimatkan masa dalam penghasilan laporan dalam tempoh masa yang ditetapkan.