EI108: OBESys

NORHAZWAH BINTI MOHD ZAKI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.2383 | 102 Likes | 428 Views | 75 times | LS: 201.3
Like it? | Support them now!

Sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP) dengan menggunakan "filemaker" yang dikenali sebagai "OBESys". Kesukaran mengisi markah pelajar mengikut jenis penilaian, data penilaian pelajar tidak dapat dianalisis mengikut kehendak Malaysian Qualifications Agency (MQA), memerlukan pelbagai aplikasi untuk menganalisis data, risiko pengulangan kerja bagi semakan semula keputusan dan beban tugas ahli JPP bagi menguruskan pengumpulan dan pengisian data menjadi pencetus wujudnya sistem ini. Ia merupakan sistem pengurusan data yang cekap bersesuaian dengan kehendak Outcome Based Education (OBE) untuk diaplikasikan oleh semua pensyarah diploma dalam pengisian data dan menganalisis data pelajar secara lebih sistematik. Faedah yang telah diperoleh adalah dapat mengurangkan jumlah aplikasi, mengurangkan ruang penyimpanan data, menjimatkan masa dan meringankan bebanan tugas pensyarah. Sistem ini telah disebarluas di beberapa kolej vokasional yang lain dan turut diperakui oleh auditor MQA. Secara keseluruhannya, OBESys adalah satu sistem pangkalan data yang mudah dan sistematik.