II121: EZZY TROLLEY (EZZATI)

MUHAMMAD JAZIM NAZMI BIN KHAIRUDDIN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0455 | 1 Likes | 22 Views | 103 times | LS: 104.0
Like it? | Support them now!

Penternak yang tidak menitikberatkan pengurusan sisa ternakan boleh kehilangan pelanggan disebabkan hilang kepercayaan kerana penternak menjual hasil ladang yang tidak berkualiti..Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menjalankan aktiviti pengurusan sisa. Kesukaran dalam melaksanakan pengurusan sisa ternakan.Pelajar perlu menggunakan pelbagai peralatan seperti cangkul,skop,guni dan kereta sorong. Selain itu,aktiviti pengurusan sisa ternakan ini memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana pelajar perlu memegang guni dan skop pada masa yang sama memasukkan sarap kotor ke dalam guni disamping tempoh pengurusan tinja juga mengambil masa yang lama.Objektif kajian bagi projek ini ialah mengurangkan tenaga kerja semasa pengurusan sisa ternakan, menjimatkan tempoh masa pengurusan sisa ternakan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan yang efisyen. Dapatan analisis soal selidik terhadap 36 orang repsonden mendapati Ezzy Trolley (EZZATI) membantu penggunaan tenaga kerja semasa pengurusan sisa ternakan, tempoh masa pengurusan sisa ternakan dapat dikurangkan dan juga meningkatkan keberkesanan pengurusan yang efisyen.