II122: MINI BROODING KIT

MEGAT KAMARUL KHAIR SHAAFIQ BIN KAMARUDDIN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.2366 | 22 Likes | 93 Views | 178 times | LS: 205.2
Like it? | Support them now!

Penternakan ayam pada peringkatan perindukan merupakan fasa yang kritikal yang akan mempengaruhi tumbesaran ternakan pada masa akan datang. Ternakan Poltri seperti ayam, itik dan puyuh memerlukan tiga elemen utama untuk membesar dengan baik iaitu makanan, minuman dan ruang. Namun, untuk peringkat perindukan, terdapat tambahan elemen haba untuk memastikan pembesaran yang optimum. Oleh itu, Mini Brooding Kit dicipta untuk kegunaan pada skala kecil dan berkonsepkan Urban Farming yang menyediakan kesemua elemen yang diperlukan dalam peringkat perindukan. Kelebihan produk ini adalah ianya mudah alih, boleh diguna pada bila-bila masa dan tempat, kukuh dan Jangka hayat penggunaan yang maksimum. Mini Brooding Kit telah diujilari oleh 50 orang pengguna. Dapatan ujilari menunjukkan bahawa produk ini mencapai tahap yang memuaskan dari aspek kebolehgunaan dengan nilai skor min 4.12 dan kemampanan dengan nilai skor min 4.05. Kesimpulannya, Mini Brooding Kit dapat memastikan pemeliharaan ternakan yang efisien, berkonsepkan Urban Farming di samping mampan digunakan.