II123: CHICKY GUARD

NOR AMIRA BINTI HAMDAN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0833 | 1 Likes | 12 Views | 66 times | LS: 67.1
Like it? | Support them now!

CHICKY GUARD ini direka untuk memudahkan perkerja ladang dalam penyediaan pengepung peringkat perindukan. Pengepung adalah satu alat yang digunakan semasa peringkat perindukan anak ayam sehingga umur 2-3 minggu. Ia digunakan bagi mengawal pergerakan anak ayam. Chicky Guard dibuat menggunakan material aluminium. Ini kerana penggunaan papan lapis sebagai pengepung menyebabkan pengepung sukar dibentuk kerana agak keras dan akan menyebabkan mudah patah/rosak. Selain itu, ia juga mengambil masa dan memerlukan tenaga kerja lebih daripada seorang semasa penyediaannya. Penggunaan bahan daripada aluminium dapat menghasilkan pengepung yang tidak mudah patah/rosak serta dapat mengurangkan tempoh masa pemasangan pengepung. Selain itu boleh mengurangkan bilangan mentol bagi alat pemanas peringkat perindukan. Chicky Guard dibuat menggunakan bahan daripada aluminium kerana mudah dibentuk dan tidak mudah patah. kepingan alumium perlu dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan di sambung dengan engsel bagi memudahkan pemasangan dan penyimpanannya. Dibahagian hujungnya disambung dengan klip bagi memudahkannya membentuk bulatan. Keluasan Chicky Guard ditentukan untuk 100 ekor anak ayam dan boleh dilaraskan keluasannya mengikut jumlah anak ayam yang diternak. Penyangkut jaring ditampah di bahagian luar Chicky Guard bagi memudahkan pemasangan jaring bagi melindungi anak ayam. Chicky Guard telah diuji dengan pengepung papan lapis dan didapati penggunaan mentol sebagai alat pemanas dapat dikurangkan iaitu hanya menggunakan 2 mentol berbanding 3 mentol bagi pengepung biasa. Selain itu, Chicky Guard telah diuji kepada pelajar Agroindustri Ternakan Poltri dan didapati kesemua responden ini menyatakan lebih mudah memudahkan untuk memasang pengepung dan boleh dilakukan sendiri. Kesimpulannya, Chicky Guard dapat meudahkan pemasangan pengepung serta mengurangkan penggunaan mentol sebagai alat pemanas dan dapat memanjangkan hayat pengepung.