II143: QLEEN KIT

Nur Amni Hannani Binti Kamaruzaman KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | Likes | 48 Views | 89 times | LS: 89.0
Like it? | Support them now!

QLEEN Kit ialah alat pembersihan bekas makanan automatik ternakan poltri di Unit Agroindustri Ternakan Poltri Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, KVDLM. QLEEN Kit dihasilkan bagi mengatasi masalah di kalangan pensyarah serta pelajar ketika melakukan aktiviti pembersihan bekas makanan automatik di reban ayam pedaging yang kebiasaanya memerlukan pelbagai peralatan dan masa yang lama kerana melibatkan banyak pergerakan. Objektif kajian ini ialah menginovasikan produk yang ringan, mudah dikendalikan dan mudah disimpan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, kuatitatif, dan borang soal selidik. Borang soal selidik ini dilakukan secara atas talian iaitu menggunakan Instrumen Penilaian Tahap keberkesanan QLEEN Kit untuk proses pengumpulan data. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan pada 58 responden, produk ini mendapat keputusan yang positif dan berpuas hati daripada majoriti responden tersebut. Akhir sekali, terhasillah QLEEN Kit dengan menambahbaik produk kepada produk yang lebih produktif dan fleksibel. Produk ini lebih mudah, ringan, jimat tenaga, masa dan kos rendah.