II148: PECOLIZER

ANIS ATIQAH BINTI RAMLEE KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0789 | 3 Likes | 38 Views | 89 times | LS: 92.2
Like it? | Support them now!

Pecolizer merupakan baja organik yang mengandungi kulit udang, kulit telur dan hampas kopi yang digunakan dalam aktiviti pembajaan tanaman terutama untuk tanaman jenis sayur-sayuran, selari dengan konsep perladangan organik. Idea penghasilan Pecolizer tercetus apabila melihat banyak sisa dapur yang tidak dikitar semula untuk kelestarian alam sedangkan sisa dapur ini mempunyai banyak manfaat terhadap kesuburan tanah dan pertumbuhan serta pembungaan tanaman. Antara sumber nutrien yang terkandung di dalam Pecolizer adalah seperti unsur Kalsium (Ca), Fosforus (P), Nitrogen (N), Kalium (K), Magnesium (Mg) dan unsur surih (trace element). Selain itu, Pecolizer ini juga bersifat bio-degradasi di mana ia akan reput di dalam tanah.