II157: SABUN KULIT PISANG

NABILA BINTI ABD WAHAB KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0278 | 2 Likes | 72 Views | 133 times | LS: 135.1
Like it? | Support them now!

ABSTRAK Penghasilan produk ini menggunakan bahan buangan iaitu kulit pisang. Kulit pisang ini mempunyai kandungan antioksidan ia mampu untuk merawat kulit agar kelihatan sihat dan cantik. Produk ini dihasilkan untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat di kalangan remaja. Selain itu, produk yang dihasilkan ini bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan. Objektif pembuatan produk ini adalah untuk menginovasi kulit pisang yang terbuang dan dapat menyelesaikan masalah kulit yang berjerawat. Seterusnya, dapat menghasilkan sabun pencuci muka yang bebas bahan kimia dan selamat untuk digunakan oleh masyarakat. Meteodologi yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diisi oleh 30orang pelajar kosmetologi. Seterusnya kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan sabun. Kaedah kualitatif pula menggunakan borang maklumbalas yang diisi oleh 3 orang testimoni. Seterusnya, kaedah ini digunakan untuk mengukur keberkesanan sabun terhadap kulit wajah. Produk ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat. Selain itu, kajian ini juga mengharapkan kulit lebih kelihatan cantik dan sihat untuk masyarakat di luar.