BI184: BIOCOFF-F

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD NASRI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 9 Views | 61 times | LS: 61.0
Like it? | Support them now!

BIOCOFF-F FERTILIZER merupakan baja cecair secara organik yang mengandungi 6 bahan iaitu hampas kopi, telur, belacan, Effective Microorganisms, molasses dan air tanpa klorin. Hampas kopi adalah bahan utama dalam penghasilan Biocoff-f. Produk ini merupakan satu inovasi dimana baja organik yang mesra alam dengan penggunaan secara semburan pada pucuk, daun dan bunga tanaman hiasan serta dicampurkan dalam media tanaman hiasan. Penghasilan Biocoff-f melalui 2 proses utama iaitu melarutkan serbuk kopi dan mencampurkan 6 bahan utama hampas kopi, belacan, molasses, Effective Microorganisms dan air tanpa klorin. Produk ini dihasilkan untuk menggalakkan pertumbuhan bunga tanaman hiasan, meningkatkan pH tanah dan mengusir kehadiran serangga perosak seperti hama. Produk ini adalah 100% bahan organik, mesra alam dan selamat digunakan oleh pengguna. BIOCOFF-F FERTILIZER memberi manfaat kepada persekitaran, ekonomi dan masyarakat. Produk ini sangat praktikal digunakan pada semua tanaman hiasan terutamanya tanaman hiasan jenis berbunga.