BI186: TANAH CAMPURAN PREMIUM (MIX 7)

ZULKHAIR BIN MOHD NOHROVI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 52 times | LS: 52.0
Like it? | Support them now!

Tanah Campuran Premium (MIX 7) merupakan media tanaman yang mengandungi 7 bahan utama iaitu sekam padi mentah fermentasi, kulit telur fermentasi, sabut kelapa , sekam padi bakar, Top soil, Perlite dan Peat moss. Produk ini telah dilakukan penambahbaikan daripada media tanaman sedia ada untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang baik,bebas hama kutu, media tidak berkulat, penambahan kalsium serta peningkatan kualiti alam sekitar. Penghasilan MIX 7 telah melalui 4 Proses utama iaitu Fermentasi Sekam Padi bakar, Pembersihan kulit telur, Fermentasi Kulit Telur dan Campuran 7 bahan utama. Penambahan kulit telur fermentasi telah memberikan kalsium yang tinggi pada media tanaman dan kadar pembuangan kulit telur semakin berkurangan. MIX 7 sangat sesuai digunakan untuk semua tumbuhan hiasan kerana kualiti produk ini sangat baik berbanding media tanaman biasa. Selain tiu, MIX 7 sangat ringan dan mudah untuk dikendalikan bagi kerja-kerja penghantaran media tersebut secara pos kepada pelanggan. Tanah Campuran Premium (MIX 7) telah dihasilkan oleh unit Hortikultur KV(P)TI untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang lebih cepat dari tempoh biasa dan kadar pembekalan nutrien yang tinggi. Premium memberi makna bahawa produk dicirikan oleh kualiti tertinggi dan contoh terbaik dalam kelas tersendiri.