II200: ANB SCORE BOARD

GUINEVERE BRIESE ANNA KOLEJ VOKASIONAL MIRI

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.2500 | 15 Likes | 60 Views | 70 times | LS: 88.8
Like it? | Support them now!

Peraturan sukan bola jaring adalah sukan yang memerlukan pencatatan yang teliti terhadap giliran lontaran tengah dan bilangan jaringan yang dibuat oleh pamain. Hal ini adalah untuk memastikan perlawanan dikendalikan dengan adil. Bagi memastikan pencatatan ini berjalan dengan lancar, telah muncul idea untuk membangunkan ANB Score Board yang menggunakan mikro pengawal Arduino Uno sebagai platform utama. Kaedah sedia ada adalah mencatat lontaran tengah dan skor pada papan putih dan mengisi Borang Skor Bola Jaring. Selain itu, pengadil juga menggunakan tali getah pada tangan mereka yang mana dialihkan dari tangan kiri ke tangan kanan dan sebaliknya mengikut giliran pasukan yang melakukan lontaran tengah. Kecuaian AJK bola jaring dalam mencatat lontaran tengah atau bilangan skor boleh menimbulkan kemarahan pasukan yang bertanding dan secara langsung berlakunya ketidakadilan dalam perlawanan. Seramai 50 orang pelajar perempuan dan 5 orang pensyarah Kolej Vokasional Miri telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soalan selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengkaji sejauh mana kaedah pencatatan sedia ada perlu dipertingkatkan. Instrumen kajian mengandungi 10 item menggunakan pengukuran berskala Likert. Analisis kajian mendapati 80% daripada responden bersetuju satu sistem Pencatat Lontaran Tengah dan Kiraan Skor yang lebih baik perlu diwujudkan. Setelah Projek Sistem Pencatat Lontaran Tengah dan Kiraan Skor yang menggunakan mikro pengawal Arduino Uno dibangunkan, pengkaji telah membuat pengesahan pakar. Selain itu, sistem ini juga dibuat uji lari semasa perlawanan bola jaring Karnival Sukan Kolej Vokasional Miri pada 28 Februari 2024. Dapat dirumuskan, pembangunan Sistem Pencatat Lontaran Tengah dan Kiraan Skor yang menggunakan mikro pengawal Arduino Uno dapat memberi manfaat yang besar kepada AJK dan pasukan pemain dalam perlawanan Bola jaring.