II210: SAH-HADIR : PENGECAMAN WAJAH DEEP LEARNING & BLOCKCHAIN

TS. SABRI BIN AHMAD HISHAM Pusat Teknologi Digital

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 79 times | LS: 79.0
Like it? | Support them now!

Pada masa kini, isu keselamatan dan aktiviti penipuan sering berlaku di dalam pengurusan kedatangan pekerja, pelajar dan orang awam terutamanya perekodan yang dilakukan secara manual. Walaupun,sistem kedatangan dibangunkan secara atas talian namun masih mempunyai kelemahan dari sudut kaedah atau teknologi yang digunakan. Kebanyakkan sistem adalah berasaskan senibina secara berpusat dengan penyimpanan data di dalam pangkalan data konvensional terdedah kepada kehilangan data, penyalahgunaan kuasa oleh orang tengah serta aktiviti pengubahsuaian data. Justeru itu, produk aplikasi SahHadir dicadangkan untuk pengurusan kedatangan melalui pengecaman wajah menggunakan teknologi deep learning dan blockchain. Kos pembangunan produk ini adalah lebih rendah berbanding dengan pembelian produk siap dari pihak vendor yang menyediakan kadar caj tinggi untuk lesen perkakasan dan perisian. Selain itu, senibina produk dipasaran adalah berpusat dan berbeza dengan produk ini yang berasaskan teknologi ternyahpusat, blockchain.Perekodan data di dalam rangkaian blockchain meningkatkan tahap keselamatan data, kebal dari aktiviti pengubahsuaian, kebolecapaian, ketelusan dan kebolehpercyaan. Produk ini berkemampuan untuk melatih koleksi set data imej wajah dan membuat ramalan melalui perbandingan dengan wajah pengguna secara lansung menerusi kamera.Berdasarkan model deep learning yang digunakan, nilai ketepatan untuk ramalan pengecaman wajah adalah melebihi 99%. Penilaian keselamatan produk ini dilaksanakan melalui ujian kualiti kod sumber kontrak dan ujian penembusan kontrak menggunakan alatan Slither. Hasil pengujian menunjukkan produk ini bebas dari ralat dan kelemahan pada aturcara kontrak.