BI219: OPBOX (KOTAK PENGAWALAN KELEMBAPAN SUHU ORKID SEDIA GUNA

Nor Hafizah Binti Abu Koshin Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0476 | 1 Likes | 21 Views | 69 times | LS: 70.0
Like it? | Support them now!

Cymbidium, atau lebih dikenali sebagai orkid bot berasal dari kaki bukit Himalaya dan hidup dalam keadaan sejuk. Cymbidium matang terdiri daripada 10 hingga 25 bunga dan boleh bertahan satu hingga tiga bulan. Orkid bot ini memerlukan cahaya matahari yang mencukupi, tetapi jika dibiarkan lama di tengah matahari secara terus ia akan menyebabkan tompokan hitam timbul pada daun orkid. Orkid Cymbidium memerlukan kelembapan yang spesifik iaitu pada suhu 18°C hingga 24°C pada siang hari. Pada waktu malam pula, ia memerlukan suhu tidak kurang daripada 10°C. OPBOX merupakan satu inovasi yang menggunakan kotak sedia guna yang boleh ditukarkan kepada sebuah pasu. OPBOX juga mampu mengekalkan suhu dan kelembapan yang spesifik kepada pokok orkid Cymbidium. OPBOX dihasilkan untuk pelanggan yang membeli orkid Cymbidium kultur yang mudah dibawa dalam perjalanan yang panjang dan mengekalkan kesegaran pokok dalam tempoh masa yang cukup. Hal ini menunjukkan bahawa OPBOX mampu menggantikan penggunaan plastik biasa untuk tujuan pembungkusan.