BI232: 10Q CAGE

NUR FAQIHAH BINTI MOHD SAID KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.1304 | 3 Likes | 23 Views | 43 times | LS: 46.4
Like it? | Support them now!

Penubuhan Lembaga Unggas merupakan satu langkah proaktif dalam memastikan ekosistem industri ternakan negara berfungsi dengan lebih jelas dan berkesan. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu berganding bahu dalam membantu negara dalam bagi memastikan bekalan makanan mencukupi. Salah satu penternakan unggas yang masih berada di tahap kecil-kecilan ialah penternakan burung puyuh. Hal ini disebabkan berlaku apabila ramai yang menganggap penternakan puyuh sukar untuk mencapai ke tahap komersil. Inisiatif yang diambil dalam projek ini bagi mempelbagaikan konsep penternakan burung puyuh yang berkesan dengan merekabentuk model sangkar yang lebih sistematik dalam pemberian makanan dan minuman. Sangkar puyuh sistematik ini juga mudah untuk dialihkan serta dapat menjimatkan ruang dan masa penternak. Masalah yang sering dihadapi oleh penternak puyuh adalah penggunaan masa yang banyak dalam pemberian makanan dan minuman serta memerlukan tenaga kerja yang ramai. Perkara tersebut juga boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan dan pembaziran makanan. Di akhir kajian ini, objektif yang hendak dicapai adalah menghasilkan reka bentuk sangkar dan membangunkan model sangkar serta menguji kebolehgunaan model sangkar puyuh pedaging secara sistematik. Penghasilan model reka bentuk sangkar ini memerlukan tiga fasa yang dapat memudahkan proses pemasangan model sangkar. Fasa pertama iaitu proses penghasilan rangka sangkar, fasa kedua pula melibatkan proses penghasilan sistem makanan dan fasa ketiga merujuk kepada proses penghasilan sistem minuman. Pengujian kebolehgunaan sangkar memerlukan beberapa orang responden bagi menjawab soal selidik bagi mengumpul data dan dapatan analisis. Setelah itu, data-data tersebut telah dianalisis. Hasil dapatan kajian mendapati sistem pemberian makanan dan minuman yang terdapat pada sangkar dapat berfungsi dengan baik. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi menghasilkan sangkar yang lebih baik.