EI250: DLoPET

NUR ASHIKIN BINTI ARI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.4444 | 4 Likes | 9 Views | 52 times | LS: 57.8
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan soalan pembezaan bagi fungsi Logaritma, Polinomial, Eksponen dan Trigonometri. Seramai 16 daripada 20 pelajar kelas D1M2T12 di Kolej Matrikulasi Selangor gagal menyelesaikan kesemua soalan kuiz yang diberi diakhir sesi PdP. Justeru, kumpulan kami telah mencipta satu aplikasi mudah alih yang dinamakan DLoPET untuk membantu pelajar mengukuhkan ingatan terhadap langkah-langkah penyelesaian kepada soalan pembezaan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil dapatan skor min pada soal selidik menunjukkan semua pelajar bersetuju (skala 4 dan 5) DLoPET memberi kesan yang signifikan sebagai aplikasi mudah alih yang membantu pelajar. Graf perbandingan markah ujian pra dan pos pula menunjukkan peningkatan yang ketara selepas DLoPET diperkenalkan. Jelaslah, DLoPET berpotensi besar untuk dikomersialkan kerana aplikasi ini terbukti mesra pengguna dan mudah diakses tanpa mengira masa dan tempat. Kesimpulannya, penggunaan DLoPET sangat menepati kaedah pembelajaran abad ke-21 yang terbukti membantu pelajar menyelesaikan soalan pembezaan dengan cepat dan tepat serta melonjakkan prestasi pelajar.