BI251: Vigna Angularis Tempeh

ALTAMIS NURHAN B AZLAN SHAH SK JAWI

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0435 | 1 Likes | 23 Views | 59 times | LS: 60.0
Like it? | Support them now!

‘Vigna angularis Tempeh’ adalah projek inovasi daripada kacang merah yang digantikan dengan kacang soya. Inovasi yang dihasilkan masih belum ada di pasaran. Inovasi ini dilakukan kerana khasiat tempeh daripada kacang merah sangat banyak kepada manusia. Kacang merah amat kaya dengan nutrien termasuk serat, protein dan Manganese. Ia adalah salah satu daripada sumber protein tumbuhan yang diperlukan oleh badan. Kelebihan utama kacang merah adalah kepekatan nutrien yang tinggi dalam komposisinya iaitu ia tidak hilang walaupun dimasak dengan suhu yang tinggi. Kanak-kanak berusia lebih dari tiga tahun mampu membantu mengasimilasikan nutrien dan sesuai diambil bersama dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kaedah ini membolehkan tubuh akan menyerap nutrien dalam jumlah maksima dari makanan yang dimakan. Terdapat empat langkah dalam menghasilkan tempeh ini iaitu rendaman, didihan, campuran ragi dan penyimpanan dalam suhu bilik. Ragi yang digunakan ialah ‘Rhizopus oligosporus’ yang boleh didapati dalam bentuk serbuk dan perlu melalui proses fermentasi sebelum tempeh terhasil. Tempoh fermentasi ini mengambil masa 2 hingga 3 hari. Tempeh kacang merah ini mengandungi isoflavon iaitu polifenol yang ditemui pada kekacang dan buah-buahan. Isoflavon merupakan sebahagian daripada kumpulan sebatian difenolik. Ia adalah gabungan estrogenik dan antioksidan yang memberikan kesan positif terhadap kesihatan. Isoflavon meningkatkan paras antioksidan dalam badan dan menghalang daripada pelbagai penyakit. Justeru itu, inovasi tempeh kacang merah ini mampu dikomersilkan di pasaran kerana manfaatnya yang amat banyak khususnya sistem penghadaman manusia.