II271: Vanilla Beauty App

NUR ANISAH BINTI MOHD KHAIRI KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0185 | 1 Likes | 54 Views | 58 times | LS: 59.0
Like it? | Support them now!

Vanilla Beauty App ini adalah satu aplikasi mudahalih yang dibangunkan untuk menjadi sumber rujukan utama bagi pelajar yang mempelajari subjek Basic Make Up. Berpandukan silibus daripada Kolej Komuniti, nota telah digarap dengan baik untuk menepati kehendak dan keperluan pelajar dan pensyrah Kolej Komuniti . Walaubagaimanapun, aplikasi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari teknik asas bersolek. App ini telah menampilkan elemen multimedia yang pelbagai iaitu gambar nota, video tutorial, serta suara bagi menarik minat pelajar mempelajari subjek ini. Kelebihan aplikasi ini adalah ianya mudah di capai dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa bersesuaian dengan kehendak pengguna sendiri. Vanilla Beauty App dibina menggunakan platform MIT App Inventor dan pengguna sangat berpuas hati dengan aplikasi yang dibangunkan ini. Aplikasi ini berpotensi tinggi untuk diperluaskan penggunaannya di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.