EI272: FUN AL-QURAN

Safinah Binti Ismail Universiti Islam Selangor

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 24 Views | 110 times | LS: 110.0
Like it? | Support them now!

Fun Q adalah aplikasi tahfiz untuk kanak-kanak mempelajari, menghafal dan memahami al-Quran dengan cara santai, mudah dan menyeronokkan. Terdapat tiga modul iaitu modul hafazan, bermain dan bercerita. Tujuan projek ini dijalankan adalah memudahkan kanak-kanak belajar, hafal dan faham al-Quran sambil berhibur, santai dan menyeronokkan, mendekatkan kanak-kanak dengan al-Quran dan menjadi alat bantu mengajar kepada ibu bapa dan guru. Aplikasi ini sesuai digunakan kepada kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah. Impak inovasi iaitu kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai deria untuk pembelajaran. Terdapat nilai-nilai murni diselitkan dalam penceritaan dan aplika si ini memudahkan kanak-kanak dalam mengahafal al-Quran bahkan kanak-kanak dapat menguji kefahaman dengan permainan yang disediakan dalam aplikasi Fun-Q. Aplikasi ini juga telah mendapat kelulusan hakcipta daripada MyIPO dan telah memenangi beberapa pertandingan dan telah menerbitkan dalam beberapa jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, diharapkan aplikasi ini dapat memberi manfaat buat semua terutama kanak-kanak, ibu bapa dan guru.