EI282: OrTIV-4 (Orchid TIVOC Formulation)

NORLIZAWATI BINTI ISHAK KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0556 | 1 Likes | 18 Views | 65 times | LS: 66.1
Like it? | Support them now!

Phaius tankervilliae adalah tumbuhan hortikultur yang semakin pupus akibat menjadi tarikan untuk kegunaan perubatan, makanan mahupun hiasan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kepekatan PGR bagi pertumbuhan secara in vitro dan media penanaman yang sesuai bagi menghasilkan formulasi pertumbuhan pokok P. tankervilliae di Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan. Eksplan biji benih dikulturkan dengan medium MS dan ditambahkan dengan PGR BAP bagi pembentukan kalus, pengeluaran dan pengandaan pucuk. Manakala pemanjangan akar menggunakan PGR NAA. Aklimitasasi pokok orkid menggunakan media penanaman peat moss, vermiculate dan perlite. Pengeluaran pucuk bagi PGR BAP dengan kepekatan 2 mg/mL menunjukkan bilangan min tertinggi iaitu sebanyak 4.13 dan menghasilkan 8 pucuk pada kepekatan 5mg/mL. PGR NAA dapat memanjangkan akar sehingga 1.45 cm pada kepekatan 4mg/mL. Media penanaman vermiculate menunjukkan ketinggian pokok dan kelebaran daun yang tinggi iaitu masing-masing sebanyak 3.5 cm dan 0.06 cm. Kesimpulannya formulasi OrTIV-4 yang dihasilkan dapat meningkatkan pertumbuhan pokok orkid P. tankervilliae di KV(P)TI.