BI295: Sumber Alternatif Tenaga Elektrik Menggunakan Elektromagnet

Adam Raja Abdul Jalil KOLEJ VOKASIONAL ( PERTANIAN ) TELUK INTAN

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0784 | 4 Likes | 51 Views | 51 times | LS: 55.3
Like it? | Support them now!

Alat alternatif tenaga elektrik menggunakan tenaga elektromagnet adalah sebuah mesin yang direka bagi menghasilkan sumber elektrik alternatif . Pemerhatian yang dijalankan di Unit Teknologi Mekanisasi Agro , Kolej Vokasional ( Pertanian ) Teluk Intan , mendapati unit tersebut kurang mempunyai suis plug yang mencukupi untuk kegunaan para pelajar dan menyebabkan pelajar sukar melakukan kerja amali serta pembelajaran apabila memerlukan tenaga elektrik . Maka , tercetusnya idea untuk menghasilkan alat alternatif tenaga elektrik . Alat ini menggunakan konsep menghasilkan tenaga elektrik daripada generator angin yang diputarkan oleh gerudi motor . Alat ini juga tidak perlu dicas semula kerana ia akan menghasilkan tenaga elektrik dengan sendirinya . Bahan - bahan yang digunakan dalam penghasilan projek adalah generator angin , motor drill , bateri , kipas , power inventor , solar charger controller dan timing belt . Tujuan alat ini dihasilkan adalah untuk membantu dan memudahkan pengguna melakukan kerja dan menjimatkan kos penggunaan elektrik . Malah alat ini sesuai digunakan di kawasan yang tiada sumber elektrik seperti di kawasan pendalaman dan kawasan ladang .