EI306: MESIN MINI SOAPER

HAFSA BINTI MOHAMMAD NOOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0714 | 2 Likes | 28 Views | 67 times | LS: 69.1
Like it? | Support them now!

Minyak masak adalah sejenis cecair yang digunakan dalam kalangan pengguna bagi tujuan memasak. Pembuangan sisa minyak masak yang tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar yang tidak dibendung akan menjurus kepada kerosakkan ekosistem yang juga memberi kesan buruk kepada kehidupan manusia. Tujuan utama projek ini adalah untuk menghasilkan sebuah model Mesin Mini Soaper yang berkeupayaan untuk mengadun dan membentuk sabun buku berasaskan minyak masak terpakai. Kelajuan motor pengadun Mesin Mini Soaper ditetapkan pada 150 rpm yang mana mampu mengadun sebati minyak masak terpakai, air dan Natrium Hidroksida (NaOH) dengan nisbah 3:2:1 hanya dalam masa 10 minit. Campuran yang telah sebati kemudiannya dikeluarkan mengikut saluran paip dan dimasukkan ke dalam pemanas. Proses pemanasan bahan campuran berlaku pada dua proses iaitu masak dan hangat. Masing-masing mempunyai suhu yang berbeza iaitu 100°C dan 60°C. Proses pemanasan masak akan beroperasi selama 1 jam manakala panas selama 1 jam 30 minit. Selesai proses pemanasan, campuran ini akan membeku dan membentuk menjadi sabun. Kajian menunjukkan bahawa mesin ini mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran sabun berbanding dengan kaedah tradisional kerana proses pengerasan campuran menggunakan pemanas adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional. Hasil sabun buku juga boleh terus digunakan berbanding dengan kaedah tradisional yang memerlukan masa selama 24 jam bagi tujuan pengerasan dan perlu melalui proses pemeraman selama satu bulan sebelum hasil sabun boleh digunakan. Mesin Mini Soaper dapat menjimatkan sebanyak 67% masa berbanding menggunakan pemukul telur dan sebanyak 50% berbanding alat pengacau automatik. Penggunaan mesin ini juga boleh menggalakkan amalan kitar semula minyak masak terpakai.