II31: SMART DISPENSER

MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHD YAHYA KOLEJ VOKASIONAL BESUT

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 56 times | LS: 56.0
Like it? | Support them now!

Pengurangan kepada aktiviti yang melibatkan sentuhan merupakan norma baharu yang telah diamalkan akibat dari penularan wabak penyakit covid-19. Oleh sebab itu, amalan mencuci tangan dan juga menggunakan cecair pembasmi kuman merupakan amalan yang dilaksanakan bagi mengurangkan risiko jangkitan. Sebelum ini, penggunaan botol pemicit bagi mengeluarkan cecair hand sanitizer dan cecair sabun pencuci tangan telah menjadi satu kelaziman tetapi penggunaan botol pemicit yang menggunakan sentuhan ini boleh menjadi satu medan penyebaran bakteria dan virus. Maka dengan itu, tercetuslah idea untuk menghasilkan Smart Dispenser. Smart Dispenser ini menggunakan teknologi arduino uno. Aruduino uno merupakan microcontroller yang berasaskan sumber terbuka(open source). Smart Dispenser ini dilengkapi dengan arduino ultrasonic sensor yang dapat mengesan tapak tangan apabila dihulurkan ke ruang dispenser. Arduino servo motor kemudian bertindak sebagai pemicit bagi mengeluarkan cecair pencuci tangan atau cecair hand sanitizer secara automatik yang membuatkan proses mencuci tangan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.