II324: WELDING TACKING JIG 2.0

NUR HASNIDA BINTI HASNUL KOLEJ VOKASIONAL KLANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 69 times | LS: 69.0
Like it? | Support them now!

Persediaan bahan sebelum kerja kimpalan merupakan aspek yang penting dan dititikberatkan. Antara proses yang terlibat dalam persediaan bahan ini adalah penyambungan dua bahan kerja. Bagi menyambungkan dua bahan kerja, kerja memaku kimpal (tacking) perlu dilakukan agar bahan tersebut kukuh pada tetapan yang telah ditetapkan semasa kerja mengimpal. Kerja memaku kimpal (tacking) adalah salah satu proses kerja wajib yang dijalankan dalam semua proses mengimpal dalam semua kedudukan. Namun begitu, kerja memaku kimpal konvensional yang dilakukan adalah dengan cara mengapit elektrod antara dua bahan kerja. Banyak kelemahan cara konvensional ini dikenalpasti antaranya tidak ergonomik, mengambil masa yang lama, tidak tepat dan tidak fleksibel. Oleh yang demikian, satu inovasi Tacking Jig direkabentuk dan dibangunkan bagi menyelesaikan masalah ini. Terdapat 3 fasa utama yang terlibat dalam kajian ini iaitu analisis keperluan, rekabentuk dan pembangunan dan penilaian. Hasil dapatan analisis mendapati projek telah berjaya dihasilkan dan dapat digunakan oleh pelajar-pelajar Kolej Vokasional Klang. Kesimpulannya, penghasilan projek Tacking Jig ini banyak memberi manfaat khususnya pada pelajar-pelajar di dalam bengkel. Dengan adanya projek ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian, menjimatkan masa dan tenaga serta mudah dikendalikan.