II338: SABUN MANDIAN HAMPAS KELAPA

MASRIANI BINTI SALAKI KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 16 Views | 78 times | LS: 78.0
Like it? | Support them now!

Hampas kelapa boleh mengatasi kulit kering kerana kandungan lemak yang ada di dalam hampas kelapa ternyata boleh membuat kulit jadi lebih lembab dan juga boleh membersihkan kotoran yang ada pada kulit kita Pada masa kini , wanita-wanita di malaysia sering mengalami masalah kulit kering dan kasar. Seperti yang diketahui, kebanyakan wanita-wanita mengalami masalah kulit datangnya dari aktiviti harian juga. Faktor pertama masalah kulit terutama bagi mereka yang bekerja di pejabat melebihi lapan jam. Seterusnya mandi dengan air yang terlalu panas menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar. Wanita di Malaysia semakin peka akan hal ini dan buktinya dapat dilihat apabila wanita mengalami masalah tersebut tetapi tidak mempunyai produk yang boleh mengatasi masalah mereka.Hal ini terbukti melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh media sosial yang membincangkan masalah tersebut dari suara penduduk Malaysia. ( beritaharian BH.com.my ) Tujuan projek ini dilakukan untuk menyelesaikan masalah kulit yang di alami oleh penduduk di Malaysia. Selain itu, tujuan projek ini disediakan sebagai sesebuah pelan pelaksanaan projek yang akan menjadi garis panduan kepada pihak pengurus. Produk ini dihasilkan untuk mengatasi masalah kulit wanita yang sering mengalami kulit kering atau kasar dan kulit mati. Produk ini dapat melembabkan kulit tambahan boleh mencerahkan kulit dan sekaligus menyihatkan kulit badan kita.