II343: Smart Pop - Up

Norintan Natasya Binti Noran Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.2632 | 50 Likes | 190 Views | 221 times | LS: 284.2
Like it? | Support them now!

Alat bantu mengajar (ABM) merupakan salah satu perkara penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Oleh hal yang demikian, produk Smart Pop-Up ini dihasilkan dengan tujuan memberi pendedahan kepada subjek pembuangan bulu yang menggunakan konsep 2 dalam 1 iaitu “belajar dan barmain”. Umum mengetahui bahawa pembelajaran pembuangan bulu didapati agak sukar difahami dan kurang mendapat sambutan disebabkan oleh kebanyakan pelajar berpendapat bahawa proses pembuangan bulu adalah menyakitkan dan sukar untuk diaplikasikan mengikut prosedur yang betul. Justeru, pelajar akan memilih untuk mengelak daripada melaksanakan amali. Hal ini mengakibatkan kesukaran kepada guru untuk mencapai objektif pengajaran mereka bagi subjek pembuangan bulu. Jadi, kami membangunkan satu ABM yang berkonsepkan alat demonstrasi untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sebelum mengaplikasikan rawatan kepada model atau pelanggan sebenar. Kesannya, pelajar dapat mempelajari cara membuang bulu dengan betul tanpa rasa sakit dan boleh mengulangi proses sehingga yakin. Tambahan pula, setiap bahagian disertakan maklumat tambahan berkaitan pembuangan bulu dengan menggunakan konsep kraf kertas DIY iaitu pop-up card yang dapat menarik minat pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran selain daripada permainan alam maya. Berdasarkan penghasilan Smart Pop-UP ini, kami mendapat respon yang positif daripada pelajar berkaitan keberkesanan produk inovasi ini. Tuntasnya, penghasilan Smart Pop-UP ini dapat membantu dalam mencapai PdP yang efektif bagi subjek pembuangan bulu dan diharapkan dapat dikembangkan untuk keberkesanan bersama.