II344: Easy Carry Hair Mat

Noorsyamimie Binti Zulkifli Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.3356 | 49 Likes | 146 Views | 174 times | LS: 239.4
Like it? | Support them now!

Easy Carry Hair Mat merupakan satu produk yang berinovasi tikar yang dihasilkan bertujuan membantu para guru untuk menerangkan tentang topik penjagaan rambut. Dengan adanya produk ini, maka ia dapat menyelesaikan masalah guru membawa peralatan yang banyak untuk mengajar kerana ia mempunyai pemegang di bahagian atas. Guru juga dapat menjimatkan ruang kerana produk ini mudah disimpan kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Selain itu produk ini juga tidak menggunakan modal yang banyak untuk dihasilkan dan tahan lama. Easy Carry Hair Mat ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana semua jenis alatan untuk mengajar telah diletakkan di dalam tikar (Easy Carry Hair) yang dapat memuatkan semua jenis maklumat berkenaan topik penjagaan rambut serta aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar dengan “Easy Carry Hair Mat” ini adalah pelajar dapat melakukan aktiviti membaca nota yang telah disediakan dengan cara yang lebih menyeronokkan kerana ianya menggunakan warna yang menarik dan bentuk yang pelbagai yang dapat menarik minat pelajar. Pelajar juga perlu meneka dan menyelesaikan setiap satu masalah kulit kepala yang berlaku dengan cara melekatkan jawapan pada tempat yang betul. Pelajar akan lebih fokus apabila mereka terlibat dalam proses pembelajaran dengan menggunakan inovasi Easy carry Hair Mat ini berbanding pembelajaran biasa kerana mereka perlu melakukan aktiviti iaitu menyusun langkah - langkah penggunaan bahan penjagaan rambut mengikut urutan yang betul. Kesimpulannya, pelajar lebih mudah memahami dan lebih tertarik tentang topik penjagaan rambut. Selain itu, dapat menghasilkan pelajar yang dapat berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif dan dapat mengasah minda pelajar.