II348: ANTI-ITCHY BALM LEMON PEEL

MARIAH ADLINA BINTI MAZLAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 53 times | LS: 53.0
Like it? | Support them now!

Produk inovasi Anti-Itchy Balm ini menggunakan kulit lemon sebagai bahan asas produk. Buah lemon selalunya digunakan di dalam masakan sahaja dan kulitnya akan dibuang. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pihak kami telah melakukan sedikit kajian mengenai kelebihan kulit buah lemon kepada masalah kulit gatal-gatal. Setelah dikaji, kami mendapati bahawa kulit buah lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Selain itu, kulit lemon juga dapat menghilangkan rasa gatal yang muncul. Hasilnya, kami telah berjaya menghasilkan Anti- Itchy Balm ini dan telah digunakan oleh ramai untuk mengawal kegatalan serta keradangan pada kulit. Harapan kami ialah untuk memastikan produk inovasi ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema.