II351: Learning Retails In A Fun Way

DURRAH BINTI MUHAMAD IMRAN Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 23 Views | 45 times | LS: 45.0
Like it? | Support them now!

“Learning Retails in a Fun Way” merupakan inovasi yang berfokus kepada aktiviti bermain sambil belajar merangkumi pendedahan tentang aktiviti asas peruncitan yang sebenar. Kurangnya pendedahan tentang peruncitan, sukar mendapatkan bahan pembelajaran sesuai untuk kanak-kanak dan remaja serta sambutan yang kurang memberangsangkan sebagai bidang pilihan menyambung pengajian telah mencetuskan idea penghasilan inovasi ini. Objektif inovasi ini ialah memperkenalkan bidang peruncitan, mendedahkan aktiviti asas peruncitan dan menarik minat kanak-kanak serta remaja terhadap bidang peruncitan seawal mungkin. Kutipan data daripada soal selidik mendapati responden menunjukkan minat terhadap inovasi dan mula tertarik dengan bidang peruncitan selepas menggunakan inovasi ini. Responden juga dapat memahami asas peruncitan menerusi aktiviti dalam inovasi ini. Inovasi ini berpontensi dilestari dan disebarluaskan untuk diguna dan dipasarkan di sekolah, kedai buku dan koperasi sekolah. Inovasi ini diharapkan memberi pendedahan berkaitan bidang peruncitan dengan cara menyeronokan disamping membantu ibubapa dan tenaga pengajar mendapatkan bahan pembelajaran sesuai khusus dalam bidang peruncitan.