BI355: ZEA 3CARE

KHALIS KHAIZURAN BIN IRWAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA NERANG

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 17 Views | 73 times | LS: 73.0
Like it? | Support them now!

Zea 3Care merupakan Produk penjagaan diri iaitu sabun aromaterapi organik yang berasaskan daun jagung dan bunga Kantan yang mempunyai banyak manfaat untuk penjagaan kulit .Kenapa kami namakan sabun Aromaterapi organik ini Zea3Care ?.Zea merupakan nama saintifik bagi Jagung iaitu Zea Mays. Manakala, 3Care menfokuskan penggunaan sisa kulit jagung dapat membantu menjaga dan memulihara alam sekitar , mempelbagaikan penggunaan dan manfaat tumbuhan yang sering digunakan dalam masakan iaitu Bunga Kantan dan sabun aromaterapi organikini membantu menjaga kesihatan kulit Kami melihat rakan-rakan seringkali memberitahu tentang masalah kulit , kering dan kurang bermaya kerana penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan ko-akademik di sekolah.Maka, mereka mudah menghadapi tekanan emosi dan fizikal kerana letih dan sibuk dalam kehidupan seharian.Kami juga Melihat banyak sisa buangan kulit jagung oleh peniaga pasar malam.Untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut kami telah menjana idea untuk mereka cipta produk inovasi penjagaan kulit yang berasaskan kulit jagung dan bunga kantan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kulit, Mengurangkan tekanan emosi dan fizikal dengan sabun aromaterapi organik. Penghasilan sabun ini adalah dea asli dan inovasi baharu dalampenghasilanproduk penjagaan kulit iaitu sabun aromaterapi organik yang berasaskan kulit jagung dan bunga kantan. Zea 3Care mempunyai banyak kelebihan dan berguna untuk kesihatan kulit untuk mencerahkan kulit kerana kulit jagung memiliki vitamin C yang dapat mencerahkan wajah , menghindari jerawat danbersifat anti mikrob.Ia juga baik untuk kesihatan kulit ,menghilangkan bau badan ,menenangkan dan melegakan tubuh dan minda serta mengurangkan tekanan dengan haruman aromaterapi.