II356: LEMON PEEL LIP SCRUB

NUR LIYANA BINTI ABDUL ALIYY KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 34 times | LS: 34.0
Like it? | Support them now!

Produk inovasi lemon lip scrub ini menggunakan kulit lemon sebagai bahan asas produk. Kulit lemon selalunya digunakan di dalam masakan juga minuman sahaja dan dibuang setelah digunakan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pihak kami telah membuat sedikit kajian tentang kelebihan kulit lemon kepada kulit bibir dan mendapati ia mengandungi vitamin c yang berfungsi merawat sel-sel kulit mati. Sifat eksfoliasi ini mampu membantu merawat bibir kering dan mencerahkan bibir yang gelap pada bibir. Hasilnya, kami telah Berjaya menghasilkan lip scrub berasaskan kulit lemon ini . Besar harapan kami untuk memastikan produk inovasi ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.