BI360: IBIZ ADVENTURE GAME

NURZARIFAH HANA BINTI MD ZAHRAN SMK KUALA NERANG

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 74 times | LS: 74.0
Like it? | Support them now!

‘iBIZ ADVENTURE GAME ‘ merupakan bahan bantu Pengajaran dan pembelajaran yangdigunakan dalam mata pelajaran Perniagaan memfokuskan Bab 1 Tingkatan 4. Permainan ini melibatkan 2 - 4 orang murid. Inovasi ini diaplikasikan daripada Dam Ular iaitu Dam PintarPerniagaan yang menerapkan nilai cabaran sebagai seorang usahawan. Inovasi ini adalah permainan didik hibur yang membantu murid-murid mengingati konsep danfakta dengan lebih mudah melalui permainan. Inovasi ini dihasilkan untuk membantu guru mempelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pelajarseronok belajar Perniagaan. Ini kerana pelajar yang sederhana dan lemah mudah bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik.Malah , permainan ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam mendalami Bab1 Tingkatan 4 dan juga meningkatkan teknik menjawab soalan berbentuk objektif dengan lebih mahir dan berfokus.Murid juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan. ‘iBIZ ADVENTURE GAME ‘ ini juga boleh diaplikasikan untuk mata pelajaran laindengan pelbagai bentuk soalan dan info dalam bentuk kad. Menarik dan mudah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Permainan ini sesuai digunakan dalambilik darjah dan luar bilik darjah dan sesuai untuk semua tahap murid berdasarkan kad soalan yang dikemukakan. Ia juga amat membantu guru dalam menggunakan bahanbantu mengajar yang sedia ada dan menjimatkan masa. Guru seronok mengajar , murid seronok belajar.