BI385: OVEN LEMANG MODEN

SYAMIMI ALYAA BINTI AMRAN KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Beginner Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 17 Views | 79 times | LS: 79.0
Like it? | Support them now!

Projek ini adalah untuk menghasilkan produk inovasi berasaskan pembakaran lemang iaitu Oven Lemang Moden. Objektif kajian adalah untuk memudahkan pengusaha lemang menjaga kualiti dan kuantiti lemang dalam masa yang singkat bukan itu saja, ia dapat menghasilkan rekabentuk pembakar lemang yang mudah dikendalikan dan mesra pengguna sekaligus menghasilkan pembakar lemang yang mengurangkan pencemaran alam dan selamat digunakan. Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan produk Oven Lemang Moden adalah mild steel dan steel fabric yang terdiri daripada tong besi, rod besi, plat besi dan jaring. Lakaran 3D telah dibuat dengan menggunakan perisian Autodesk Inventor 2024. Produk ini terbahagi kepada 7 bahagian iaitu tong besi, pintu penutup, pintu arang, pintu dapur gas, tempat arang, tempat meletak lemang dan penyandar lemang. Proses pemesinan yang digunakan untuk menghasilkan bahagian produk ini ialah mesin grinder cutter, mesin welding, gergaji tangan, bosch drill dan kikir. Produk yang telah siap sepenuhnya telah diuji dan terbukti berkesan, berfungsi dengan baik dan selamat. Pengkaji menggunakan instrument borang soal selidik untuk mengkaji tahap penerimaan Oven Lemang Moden. Seramai 53 responden yang terlibat dalam kajian ini. Kenyataan ini dikumpulkan dan dianalisis perisian data sendiri. Berdasarkan analsis kajian yang diperolehi responden bersetuju bahwa pembakar lemang sesuai untuk divariasikan dalam bentuk Oven Lemang Moden. Kesimpulannya, objektif kajian telah berjaya dicapai dimana produk ini dapat menghasilkan pembakaran lemang yang sempurna dalam masa yang singkat tanpa mencemarkan udara.