EI386: SISTEM PENILAIAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL

Ts. AZRI SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.1929 | 27 Likes | 140 Views | 106 times | LS: 138.2
Like it? | Support them now!

Projek Tahun Akhir (PTA) merupakan salah satu komponen dalam penilaian dan pentaksiran pelajar-pelajar diploma tahun akhir di kolej vokasional. Untuk melaksanakan penilaian, penyelia perlu mengisi borang yang banyak selain perlu membazirkan banyak kertas untuk mencetak borang penilaian tersebut. Penyelia juga perlu mengira secara manual markah projek pelajar dan ia mengakibatkan penggunaan masa yang begitu maksimum. Mennggunakan pendekatan yang tidak bijak ini, penyelia perlu pula mengimbas setiap helaian borang penilaian projek yang telah dimasukkan skor markah untuk didigitalkan dan ia amat tidak efisien. Justeru, saya telah membangunkan sebuah sistem penilaian projek tahun akhir. Sistem ini dibangunkan dengan penekanan kepada keaslian hak cipta, ciri-ciri inovatif, serta penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pembangunan aplikasi bertujuan meningkatkan efisiensi pengurusan, memudahkan pemantauan dan pelaporan, meningkatkan kualiti penilaian, dan mengurangkan penggunaan masa dan kertas. Keberuntungan dan keuntungan terlihat bagi pelajar, pensyarah, pihak pengurusan, dan institusi pendidikan. Pembangunan sistem ini menunjukkan tahap penggunaan inovasi dan teknologi yang semakin meningkat dalam pendidikan vokasional.