EI408: SPEED RULER

NURUL BAHIRAH BINTI ANUAL SEKOLAH KEBANGSAAN (P) DURIAN DAUN

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 13 Views | 57 times | LS: 57.0
Like it? | Support them now!

Inovasi Speed Ruler ini dihasilkan untuk membantu murid-murid memahami konsep asas penambahan dan penolakan tanpa melibatkan pengumpulan semula. Speed Ruler ini telah digunakan dalam kalangan murid pemulihan khas, murid yang masih belum menguasai kemahiran asas tabah dan murid pra sekolah. Speed Ruler ini telah digunakan daripada 2023 hingga kini. Kemahiran asas matematik merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua murid. Murid-murid perlu memahami konsep asaspenambahan. Melalui penguasaan dan pemahaman akan memudahkan murid-murid dalam memahami konsep asas matematik. Hasil daripada penggunaan speed ruler, peningkatan murid-murid dalam pentaksiran yang dijalankan meningkat. Seramai 34 responden telah dipilih yang terdiri daripada murid pemulihan dan murid yang belum menguasai asas matematik. Seramai 26 orang murid telah berjaya menguasai penambahan dan penolakan tanpa mengumpul semula setelah penggunaan Speed Ruler ini dijalankan.