II423: SMART ADJUSTABLE BRICK TEMPLATE (A.B.T) 2.0

NUR DALILI FAHIMA BINTI MOHD ZUBAIDI KOLEJ VOKASIONAL KLANG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.1538 | 6 Likes | 39 Views | 78 times | LS: 84.9
Like it? | Support them now!

Produk inovasi ini dicipta untuk memudahkan kerja pengukuran, penandaan dan pemotongan pada bata bagi mengatasi masalah pembaziran tenaga, bahan dan masa. Idea ini tercetus daripada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar ketika menjalankan amali yang melibatkan kerja pemotongan bata dengan menggunakan kaedah konvensional bagi Modul 'Brick Works', 'Fencing Work' dan 'Sanitary, Drainage and Sewerage System'. Justeru pengkaji telah membangunkan produk yang dinamakan Smart Adjustable Brick Template atau ringkasnya SMART A.B.T berpandukan Model ADDIE. Produk ini direka bentuk menggunakan perisian SketchUp bagi mengatasi permasalahan kajian dengan saiz yang bersesuaian dan dibangunkan daripada bahan kitar semula seperti kayu yang dapat menjimatkan kos. Golongan sasaran bagi produk ini adalah para pelajar bidang Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional seluruh Malaysia, institusi TVET yang menawarkan program yang sama dan industri pembinaan serta orang awam yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Keberkesanan produk diuji melalui kaedah temu bual dan pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik melalui 'Google Form' terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang. Maklum balas positif telah diperolehi di mana produk ini didapati berjaya mengatasi masalah kajian dalam memaksimumkan proses pembelajaran amali kerja bata dan menjadi ABBM PdP kerja bata kepada pensyarah bidang Teknologi Pembinaan.