II425: PASTA KULIT BUAH NAGA

HARITH FARHAN BIN HASAN KOLEJ VOKASIONAL BETONG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.1111 | 5 Likes | 45 Views | 36 times | LS: 41.6
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu produk pasta segera yang berasaskan daripada kulit buah naga dan menghasilkan kelainan dari segi warna serta bentuk terhadap pasta yang sedia ada di pasaran. Pengkaji menghasilkan produk ini bertujuan untuk membantu pengusaha buah naga yang mengalami kerugian disebabkan harga buah naga menurun. Hal ini kerana, peningkatan pembuangan kulit buah naga meningkat dan tidak digunakan lalu berlakunya pembaziran. Hasil kajian mendapati bahawa pasta yang dihasilkan daripada kulit buah naga ini merupakan pasta segera yang belum pernah dijumpai di pasaran. Sebagai makluman juga, kulit buah naga mengandungi kandungan nutrisi seperti antioksidan, vitamin C dan mineral yang dipercayai dapat mencegah pertumbuhan sel kanser. Selain itu, kulit buah naga juga mampu mencegah salur darah tersumbat kerana kulit buah naga mengandungi antosianin dan fitokimia. Produk ini merupakan sejenis pasta segera yang terhasil daripada kulit buah naga, tepung dan air. Kaedah penghasilan produk ini adalah dengan menggunakan mesin pasta dan membentuk pasta fettuccini. Produk ini melalui proses pengeringan untuk menghasilkan tekstur seperti pasta segera yang ada di pasaran.Berdasarkan daripada keputusan ujian makmal yang telah dilaksanakan, produk ini mengandungi tenaga sebanyak 306 kcal, protein sebanyak 9.5 gram, 0.0 gram lemak, 66.9 gram karbohidrat, 13.6 gram gula, 140 mg sodium dan 7.6 gram serat.