II426: AIS KRIM RICHEN BERASASKAN BUAH NIPAH

DICKSON NGANDI ANAK ALBERT KOLEJ VOKASIONAL BETONG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.1081 | 4 Likes | 37 Views | 23 times | LS: 27.4
Like it? | Support them now!

Aiskrim Richen merupakan sejenis aiskrim yang terhasil daripada buah nipah. Aiskrim nipah ini merupakan aiskrim yang belum pernah dijumpai di pasaran. Tujuan projek ini dihasilkan supaya pengguna dapat merasai variasi isi buah nipah yang baharu. Bukan itu sahaja, pengkaji juga ingin membantu para pengusaha produk yang berasakan dari buah nipah untuk menginovasi bermacam-macam produk dari buah nipah. Sebagai makluman, buah nipah mempunyai khasiat yang tinggi. Aiskrim Richen adalah produk yang menggunakan bahan asas iaitu buah nipah dan mempunyai bahan tambahan dalam menghasilkan produk ini iaitu ovalette , susu pekat dan esen vanilla. Produk yang dikaji oleh pengkaji ini telah pun dihantar ke makmal T&T Laboratory Sdn. Bhd. untuk mendapatkan kandungan nutrisi pada produk pengkaji. Kandungan yang terdapat dalam produk yang pengkaji telah hasilkan adalah kandungan tenaga sebanyak 81 kcal/100g. Kandungan protein sebanyak 0.8 g/100g. Kandungan karbohidrat sebanyak 15.6 g/100g. Manakala kandungan lemak pada produk sebanyak 1.8 g/100g. Akhir sekali, kandungan gula sebanyak 5.0 g/100g. Hasil produk telah dihantar ke makmal untuk mendapatkan kandungan nutrisi dan borang soal selidik telah diedarkan kepada tiga pakar untuk mendapatkan kesahan mengenai nutrisi yang terkandung di dalam produk. Hasil dapatan kajian dari pakar ialah kandungan yang terdapat pada produk seimbang, produk ini kurang sesuai untuk orang yang sedang mengamalkan diet dan menurunkan berat badan kerana kandungan gula dan karbohidrat yang agak tinggi. Produk pengkaji ini boleh tahan 1 bulan sekiranya cara penyimpanan yang betul.