II427: TEH SERAI MISAI KUCING

LAM CHIONG FEI KOLEJ VOKASIONAL BETONG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0435 | 1 Likes | 23 Views | 23 times | LS: 24.0
Like it? | Support them now!

Serbuk teh serai misai kucing merupakan sejenis serbuk minuman yang terhasil daripada herba serai dan herba misai kucing. Serbuk teh yang terhasil daripada herba serai dan herba misai kucing ini merupakan serbuk teh yang belum pernah dipasarkan dalam mana- mana pasaran. Tambahan pula, pengkaji mendapati permintaan serai di pasaran semakin menurun dah telah merugikan ramai petani. Penurunan harga serai berlaku disebabkan oleh permintaan yang rendah daripada pelanggan. Oleh itu, objektif kajian pengkaji pada kajian ini ialah untuk menghasilkan serbuk teh herba berperisa serai misai kucing berasaskan herba serai dan herba misai kucing. Dalam penghasilan produk ini, pengkaji menggunakan kaedah pengeringan dalam oven untuk mengeringkan bahan utama sebelum dijadikan menjadi serbuk. Seterusnya, pengkaji mendapatkan kandungan nutrisi yang terdapat pada produk melalui ujian makmal pemakanan. Ujian kandungan nutrisi telahpun dilakukan di T&T LABORATORY (SARAWAK) SDN. BHD, Kuching. Melalui keputusan yang dikeuarkan oleh makmal, kandungan dalam produk ini adalah mengadungi tenaga sebanyak 1kcal/100g, bagi protein, lemak, gula dan serat ialah 0g/100g manakala bagi karbohidrat pula sebanyak 0.4g/100g dan akhir sekali ialah mengadungi sodium sebanyak 3mg/100m.