II428: SAMBAL KULIT BUAH TEMBIKAI

Adinandra Alexius Anak Igai Jugah KOLEJ VOKASIONAL BETONG

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0857 | 6 Likes | 70 Views | 41 times | LS: 47.5
Like it? | Support them now!

Sambal kulit buah tembikai berasaskan kulit buah tembikai. Kulit tembikai yang tidak digunakan akan dijadikan bahan utama dalam sambal ini. Tujuan ingin menggunakan kulit tembikai kerana kulit tembikai mengandungi banyak khasiat .Kulit tembikai mengandungi banyak khasiat di dalam nya. Kulit tembikai kaya dengan vitamin-vitamin A, C dan B6 serta juga nutrien lain termasuk asid amino ‘citrulline’ dan antioksidan ‘lycopene’ yang mana kedua-duanya baik untuk kesihatan jantung, Selain sifat antikeradangannya, kulit tembikai juga sarat dengan potasium, zink dan magnesium iaitu nutrien yang penting untuk tubuh kita berfungsi dengan baik. Malah, ia juga boleh membantu melambatkan proses penuaan kulit, meningkatkan penghasilan kolagen selain membantu melembapkan kulit. Sambal ialah berasaskan cili yang dikisar, ditumbuk, dilenyek atau dilumat sehingga hancur dan ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka, dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa yang wujud serata rantau Nusantara merangkumi Indonesia, Malaysia dan Singapura. Terdapat banyak kelainan sambal yang berasal dari pelbagai daerah. Sambal yang kami ingin hasilkan ialah sambal yang dicampurkan bersama kulit buah tembikai. Pengkaji telah menghantar produk ini ke makmal untuk ujian kandungan nutrisi. Ini adalah kandungan nutrisi dalam sambal kulit buah tembikai mengandungi tenaga sebanyak 369 kcal, seterusnya protein yang berjumlah 1.1g, lemak sebanyak 33.3g, karbohidrat sebanyak 16.2 g ,kandungan gula sebanyak 4.3 g, sodium sebanyak 450 mg dan fiber sebanyak 1.9 g .