II429: SOS PASTA BUAH DABAI

Amelia Michelle Buran Anak Annelly Bejie Kolej Vokasional Betong

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0825 | 8 Likes | 97 Views | 43 times | LS: 51.7
Like it? | Support them now!

Sos pasta berasaskan buah dabai merupakan sos yang terhasil daripada isi buah dabai, bawang holland, susu segar, dan menggunakan roux sebagai agen pemekat. Idea ini tercetus kerana buah dabai popular bagi sesetengah penjual atau masyarakat di Sarawak. Isi buah dabai merupakan bahan utama dan mempunyai rasa yang berlemak. Bagi menghasilkan produk ini, menggunakan kaedah mereneh. Dengan ini, pengkaji membuat inovasi isi buah dabai ini menjadi sos pasta kerana produk ini belum ada pasaran. Tambahan pula, ianya sesuai untuk individu yang minat akan buah dabai. Seterusnya, keputusan kandungan nutrisi produk sos pasta berasaskan buah dabai ini menyatakan bahawa bilangan kuantiti tenaga adalah 200 kcal. Selain itu, kandungan protein adalah 4 gram manakala untuk lemak kasar adalah 17.9 gram. Seterusnya, untuk karbohidrat adalah 5.7 gram manakala kandungan garam adalah 421 gram. Bagi kandungan serat pula adalah 8.8 gram dan produk ini tiada mempunyai kandungan gula. Tambahan pula, buah dabai mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi dari isinya. Oleh itu, antara manfaat antoksidan yang terdapat pada buah dabai adalah dapat mengurangkan risiko mendapatkan kanser, untuk membantu menurunkan paras kolestrol dan membantu untuk melawan radikal bebas. Di samping itu, buah dabai kaya dengan kandungan serat yang bermanfaat untuk kesihatan usus serta dapat membantu untuk melancarkan penghadaman. Berdasarkan responden pakar pemakanan, ianya mengatakan bahawa sos pasta berasaskan buahdabai ini tidak sesuai untuk dimakan untuk setiap lapisan umur kerana ianya mempunyai kandungan garam yang tinggi. Denga penghasilan produk sos pasta berasaskan buah dabai ini, pengkaji berharap sektorindustri pemakanan dapat menjadikan produk ini sebagai produk baharu untuk dipasarkan sekaligus, dapat memberi sumbangan terhadap pengusaha dan membantu untuk meningkatkan pendapatan kerana permintaan buah dabai akan meningkat.